Latar belakang dan zaman awal Mohd_Rashid_Hasnon

Nama yang diberikan oleh pasangan Hasnon dan Tek yang menyambut kehadirannya pada tahun 1960 di Johor. Beliau telah menetap di Pulau Pinang sejak 1984. Beliau mendapat pendidikan awal di Muar High School dan Maktab Tentera Diraja (RMC), Sungai Besi. Haji Rashid menamatkan peringkat A-Level di Southampton Technical College, United Kingdom (UK) dan seterusnya lulusan Bachelor of Control Engineering, University of Sheffield, UK. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian dalam bidang Master in Business Administration (MBA) di Universiti Kebangsaan Malaysia (1990).

Dato' Mohd Rashid memulakan kerjaya sebagai jurutera di PERNAS NEC pada 1984. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Perancang di Motorola (1987), Pengurus ASE Electronics (1991), Pengerusi Personal Managers Group yang mengurus syarikat yang bernaung di bawah Zon Perindustrian Bebas (FTZ) Bayan Lepas pada tahun 2006. Dato' Mohd Rashid menamatkan zaman bujang beliau dan melangsungkan perkahwinan dengan Datin Hajah Nor Azizah bt Haron pada tahun 1982 dan dikurniakan lima orang cahaya mata.